Ads

วันศุกร์ที่ 23 มกราคม พ.ศ. 2558

Nik Aziz 'positif', minta makan

Nik Aziz 'positif', minta makan


Kesihatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat “positif” walaupun doktor belum menggunakan perkataan “sihat”, kata anaknya.

Nik Abduh berkata jika keadaan bertambah baik, petang ini doktor mungkin akan membuang alat bantuan pernafasan terhadap ayahnya.

“Alhamdulillah kesihatan ayahanda terus meningkat lebih baik. Pagi ini kami dapat lebih banyak berkomunikasi dengannya.

“Ayahanda minta untuk makan dan pihak hospital telah menyediakan nasi air,” tulisnya di Facebook petang ini.

Bagaimanapun, kata Nik Abduh, ayahandanya kini batuk sedikit dan doktor menasihati agar pelawat diizin melihat daripada luar bilik sahaja untuk mengelak jangkitan.

“Terima kasih daripada kami pihak keluarga atas doa seluruh rakyat Malaysia. Saya pula minta maaf atas kelewatan kemas kini.

“Demam hari ini,” katanya.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น