Ads

วันอังคารที่ 17 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

'Ya, ada perbincangan tukar presiden PAS'

'Ya, ada perbincangan tukar presiden PAS'


Pemimpin kontroversi PAS Datuk Phahrolrazi Zawawi mengakui terdapat perbincangan dalam parti berhubung kedudukan presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi menafikan beliau terlibat.
"Ada perbincangan dalam PAS untuk buat pertukaran (presiden) sama ada untuk buat pendirian tukar atau tak tukar."Masih lagi dalam perbincangan nak kekalkan presiden sekarang. Banyak saranan yang diberi tapi belum ada keputusan muktamad."Saya tak terlibat (dalam perbincangan), saya cuma dapat maklum," katanya kepada pemberita pada sidang media di Shah Alam hari ini.Phahrolrazi hari ini bagaimanapun berkata belum ada keputusan muktamad berhubung langkah terhadap Hadi, yang komitmennya pada Pakatan Rakyat dipertikai.Phahrolrazi, presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), sebelum ini didakwa antara pihak yang cuba menjatuhkan Hadi.Selain beliau, turut berdepan dakwaan ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Pengarah Pilihan Raya PAS Hatta Ramli (atas)."Selepas ketiadaan Nik Aziz, perkembangan politik beralih angin sedikit. Sebab itu saya nampak masa depan Pakatan tidak menentu,” katanya.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น