Ads

วันพฤหัสบดีที่ 5 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

'Orang jahat sumbat atuk dalam penjara'

'Orang jahat sumbat atuk dalam penjara'


Lima hari sebelum Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusan sama ada beliau akan bebas atau ke penjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menunjukkan tanda-tanda lemah semangat.

Ketua umum PKR itu malah bergurau dengan wartawan supaya sentiasa ceria.

"Muram saja nampak. Saya OK," katanya sambil ketawa.

Beliau juga menceritakan betapa sibuknya sekarang sehingga tidak memakai stoking kerana sentiasa tergesa-gesa.

Menyentuh kemungkinan beliau kembali merengkok dalam penjara, ketua pembangkang berkata akan memanfaatkan masa itu untuk membaca buku digemarinya, termasuk karya-karya William Shakespeare.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa anggota keluarganya berasa bimbang dengan kemungkinan itu.

“Anak perempuan (Nurul) Izzah tanya saya, atuk, kenapa mereka cakap pasal penjara?

"Saya cakap pada dia, orang jahat nak sumbat atuk dalam penjara,” katanya.

Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR anak sulung Anwar Ibrahim.

Keputusan kes Liwat II itu akan disampaikan pada Selasa depan.

Anwar sebelum ini merayu terhadap sabitan kesalahan dan hukuman lima tahun yang dikenakan padanya.

[Baca berita asal]

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น