Ads

วันศุกร์ที่ 20 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Arul PSM dijangka dilepaskan hari ini

Arul PSM dibebaskan petang ini


VIDEOSetiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan, yang ditangkap malam tadi, telah dibebaskan petang ini selepas permohonan perintah reman oleh pihak polis ditolak hari ini.Aktivis PSM, Y Kohila, ketika dihubungi sebelum ini berkata, Majistret Muzlina Muhammad Jamil enggan memberikan perintah reman itu.
"Permohonan reman ditolak oleh majistret kerana beliau berkata polis mempunyai sehingga pukul 7 petang ini untuk menjalankan siasatan mereka dan masa itu mencukupi," katanya.Arutchelvan (juga dikenali sebagai 'Arul') ditahan ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.Beliau telah ditangkap berhubung dakwaan hasutan berkaitan kenyataan yang didakwa dibuatnya berhubung sabitan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.Seramai 10 anggota polis menyerbu rumahnya di Kajang (kanan) dan merampas komputernya untuk siasatan. Polis berkata, mereka sedang menyiasat Arutchelvan di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan.Beliau dibebaskan tanpa syarat pada kira-kira jam 5.40 petang tadi.Ketika dihubungi, Arul berkata, polis meminta beliau hadir semula dalam masa dua minggu untuk mendapatkan kembali telefon bimbit, komputer riba dan modem miliknya.Arul berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya pada 12 Februari telah dibuat oleh pihak polis dan bukan orang awam..Beliau juga mempersoalkan mengapa polis tidak hanya memanggilnya datang ke balai polis dan bukannya menangkapnya.[Baca berita penuh/asal]

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น