Ads

วันจันทร์ที่ 19 มกราคม พ.ศ. 2558

'Mahathir bukan penaung PERKASA'

'Mahathir bukan penaung PERKASA'


PERKASA hari ini menyelar media yang melaporkan NGO pendesak Melayu itu sebagai “berpisah” dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, kata Ibrahim Ali mereka tidak pernah pun melantik Mahathir sebagai penaung, seperti digunakan meluas pihak media selama ini.

“Ini yang media tulis. PERKASA dan Tun (Mahathir) mempunyai hubungan yang amat baik dari dulu, kini dan selamanya,” katanya.


The Malaysian Insider semalam melaporkan bahwa Mahathir 'berpisah' dengan PERKASA selepas dikatakan tidak selesa dengan haluan NGO itu selepas kontroversi membakar Bible berbahasa Melayu.

Memetik sumber, portal itu melaporkan, selepas mempertahankan ancaman itu tahun lepas dan menghadiri hampir semua acara dianjurkannya, Mahathir dan PERKASA membawa haluan masing-masing.

Dalam kenyataannya pagi ini, Ibrahim menjelaskan, selepas melancarkan persidangan agung PERKASA pertama mereka, Mahathir tidak dijemput tahun berikutnya kerana mahu memberi peluang kepada tokoh lain.

Beliau juga mencabar portal itu bertanyakan sendiri soalan itu kepada Mahathir sama ada benar pihaknya dan Mahathir 'berpisah'.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น